Monday, January 18, 2010

Kehidupanku

Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akanku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman setimpal dengan dosaku terhadap ibu. Hari-hari semakin lama berlalu tanpa dia.

Selepas kematiannya, aku telah menjadi keseorangan. Tiada orang untuk membantuku menghadapi kehidupanku kini. Aku adalah anak tunggal kepada ibuku. Bapaku pula ku tidak pernah menemuinya. Kata ibuku, dia telah lama meninggalkan kami. Ibulah yang selalu disisiku. Dia selalu memberiku sokongannya, galakkannya dan dorongan. Dia telah dapat memberiku segala dalam jangkauanya.

Tetapi apa yangku membalas kembali kepadanya? Langsung tiada apa-apa. Aku tidak pernah membawa kebahagian dalam hidupnya selepasku dewasa. Aku hanya menyakiti hati lembut ibuku yang telah banyak berkorban untuk menyaraku.

Aku teringat nasihat arwah nenekku.

“Nanti cucu dewasa, giliran cucu pula untuk menjaga ibu,”kata nenek, “Cucu belajar pandai-pandai. Dapat kerja dan pendapatan yang baik.”

Aku tidak mengambil nasihat arwah nenekku. Lihatlah apa yang terjadi kepadaku. Aku menyesal. Aku menyesal kerana aku tidak dapat menjaga ibuku baik-baik. Malangnya disebalik, ibulah yang harus menjagaku apabila aku ditimpa kejadian buruk yang meninggalkanku lumpuh pada sebelah kanan badanku. Kejadian buruk itu telah mengubah kehidupanku buat selamanya. Aku tidak akan melupakan peristiwa itu.

Ia berlaku dua tahun lalu. Aku hanya berumur 22 tahun dan ku seorang kaki botol. Aku tidak mempunyai kerja tetap dan malah aku masih bergantung sara hidupku pada ibu. Aku gemar hidup berfoya-foya berdamping dengan kawan-kawanku yang liar. Akhirnya malang tidak berbau, pada suatu malam, aku dalam keadaan sangat mabuk. Dalam berkelakuan berang, aku telah mencetus pergaduhan dengan sahabat baikku. Dari itu, bermulalah pergaduhan besar dengan beberapa pemudah di situ. Aku ditumbuk dan dipukul dengan kuat beberapa kali dengan kerusi besi.

Aku tiba-tiba sedar di hospital setelah 3 minggu dalam koma. Aku mendapati ibuku duduk disampingku. Aku tidak boleh bergerak bahagian sebelah kanan badanku. Ibu memberitahukanku yang aku cacat di sebelah kanan. Seperti biasa, dengan nadanya mententeramkan dia akan berkata bahawa semuanya elok-elok.

Kini, dia sudah tiada.

Akulah segala-galanya yang ibu tidak inginku menjadi dan aku tidak langsung seperti ibu harapkanku menjadi. Aku hanya dapat meminta maaf atas apa yang ku lakukan. Aku benar-benar menyesal. Jika aku bisa kembali ke masa itu, aku benar-benar akan berubah. Aku akan mengambil kembali semua kata-kataku. Aku akan mengambil kembali tindakan-tindakanku. Aku akan mengambil kembali kasih sayang ibuku.

No comments:

Post a Comment